June 21, 2011

Rahsia Personaliti disebalik Coklat

Pelbagai mitos yang telah kita dengar berkaitan dengan coklat, Sejak dari usia kecil lagi ibu melarang kita makan coklat kerana dikhuatiri akan merosakkan gigi. Bila berganjak remaja, ramai yang mengatakan coklat boleh menggemukkan dan menyumbang ke arah masalah jerawat!
Pedulikan semua itu! Ia hanya mitos semata-mata... tiada makanan lain yang mampu menandingi keenakan coklat. Rugi sekiranya kamu tidak menikmati kelazatan coklat itu dari sekarang! Coklat yang bagaimana kamu gemari?





PILIH COKLAT WARNA PUTIH, HITAU ATAU CAMPURAN?

Coklat warna putih
Kamu memiliki semua kekuatan untuk menakluki dunia. Sayangnya kadang kala kamu seakan ragu-ragu untuk membuat keputusan. Padahal, jika kamu tahu apa yang ingin kamu capai, pintu kejayaan terbuka untuk kamu.

Coklat susu
Kamu suka kepada keindahan dan peka terhadap apa yang kamu lihat. Bagi kamu, mengenang masa lampau dan mengingat kembali saat-saat indah sewaktu kecil mampu membuat semangat kamu berkobar-kobar.




Coklat hitam (Dark Chocolate)
Kamu berpandangan jauh. Pandangan dan cadangan yang kamu kemukakan selalunya 'up-to-date'. Kamu sentiasa berusaha untuk tampil lain dari yang lain. Selain itu, kamu juga gemar mengumpul barang-barang pemberian orang.

Coklat campuran (semua rasa)Kamu seorang yang fleksibel. Kamu tergolong antara individu yang kaya dengan wawasan, mudah bagi kamu mengikut peredaran zaman. Kamu tidak ingin diri kamu jauh tinggal di belakang.



BENTUK COKLAT PILIHAN ANDA?
Bulat
Penggemar coklat berbentuk bulat menunjukkan dia seorang yang menggemari kehidupan sosial. Individu yang tergolong dalam kelompok ini memiliki ramai kawan kerana sikap mereka yang peramah dan mudah didekati. Selain itu kamu juga tergolong antara pendengar yang baik sehingga ada yang menjadikan kamu sebagai tempat curahan rasa hati. Sayangnya, kerana terlalu ingin menyenangkan hati orang lain kamu sering terjebak dalam masalah mereka sehingga kamu sendiri lupa yang masalah peribadi kamu sendiri masih belum diselesaikan lagi. Kamu juga tergolong antara individu yang tidak setia dengan pasangan kamu. Kamu dikatakan gemar "cuci mata".




Bujur
Kamu tergolong antara individu yang bijak bergaul. Jaringan pergaulan kamu amat luas kerana kamu mudah berinteraksi dengan sesiapa sahaja walau dalam apa jua keadaan. Idea-idea yang lahir dari pemikiran kamu memang boleh diterima pakai dan sememangnya bernas! Kamu juga berwawasan tinggi dan ini disanjungi oleh teman-teman sekeliling. Dalam perhubungan pula, kamu tidak ragu-ragu untuk mencari teman baru sekiranya si dia dirasakan agak membosankan.

Kotak
Setia, gemar merendah diri dan romantis adalah sifat kamu. Kerana sikap romantis kamu itu, tidak hairanlah pasangan kamu akan tetap setia di sisi kamu. Kamu memiliki daya konsentrasi tinggi dalam bekerja dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi wawasan diri. Tetapi sekiranya ada konflik melanda, kamu terlalu mudah melatah! Ada kalanya kamu seakan cuba lari dari berhadapan dengan masalah... kamu tiada inisiatif untuk cuba menyelesaikannya.


KANDUNGAN COKLAT?
AlmondKeperibadian yang dinamik. Kamu akur pada perubahan. Kejayaan adalah matlamat utama dalam agenda kehidupan kamu. Kamu juga tergolong antara individu yang gemar menolong. Biasanya masalah teman-teman dan keluarga mampu kamu selesaikan. Walau bagaimanapun kamu perlu berhati-hati memberikan perhatian terhadap individu yang memerlukan itu kerana dikhuatiri kamu akan memberi perhatian secara berlebihan.

Karamel cair
Kamu yang dan percaya pada kemampuan diri sendiri. Tanpa banyak bicara, semua tugasan yang kamu perlu selesaikan pasti berjaya direalisasikan dengan baik. Selain itu, kamu juga seorang yang murah hati. Kamu gemar berbelanja dan gemar menawar diri untuk membuat kerja-kerja amal. Kamu juga dikategorikan antara individu yang rambang mata terutama ketika membeli belah.

Karamel keras
Selain pandai menjaga hubungan dengan orang lain, kamu juga seorang yang berdisiplin dan jujur. Istilah terlambat memang tidak termaktub dalam kamus hidup kamu. Bagi kamu masa adalah wang. Kamu hidup untuk bekerja, semua yang diraih adalah hasil kerja keras kamu. Sayangnya kamu sering tidak menghiraukan pendapat orang lain yang kadang kalanya boleh diterima pakai.

Hazelnut
Kamu adalah pencinta alam. Keharmonian alam yang terjaga membuatkan fikiran kamu tenang. Sayangnya, kerana kamu terlalu dekat dengan alam membuatkan kamu menjadi seorang yang pemalu. Tidak hairanlah bila kamu sering dikata pemalu oleh teman-teman.

Kacang tanah
Bagi kamu, semua perkara dalam hidup ini tidak perlu dibuat susah. Kamu sudah cukup bahagia dengan hidup kamu. Sayangnya, kadang-kadang kamu akan berasa kesepian di dunia kecil yang kamu ciptakan sendiri. Cubalah sesekali meluangkan masa dengan teman-teman lain. Pasti kehidupan kamu akan menjadi lebih bermakna.

Pudina
Hari esok harus dihadapi dengan semangat tinggi. Kamu sangat yakin dengan apa yang kamu lakukan. Kamu adalah individu yang tidak pernah ketandusan idea. Kamu tidak pernah membataskan kehidupan kamu dengan peraturan, melainkan kamu yang buat sendiri.


APA KAMU BUAT PADA PEMBUNGKUS COKLAT
Diramas
Jika kamu makan coklat dan kemudian gemar meramas-ramas kertas pembalutnya sebelum dibuang ke dalam tong sampah, bererti kamu tergolong antara individu yang tidak suka terlibat dalam masalah cinta. Fikiran kamu yang sering berkecamuk membuatkan kamu sukar memberikan konsentrasi terhadap sesuatu perkara. Tidak hairanlah jika pasangan kamu sering mengeluh dengan sikap kamu itu.

DilipatJika kamu gemar melipat-lipat pembalut coklat, bererti kamu seorang yang rapi dan bersih. Hidup kamu teratur dan begitu juga dengan pemikiran kamu. Dalam bercinta, kamu selalu mengikut mood. Ha, tak baiklah macam tu! Kamu perlu lebih bijak mengimbangi emosi kamu itu.

Dibentuk bola
Jika anda membuat pembalut coklat itu menjadi bola dan memainkannya di meja, mungkin kamu sedang bosan dengan kehidupan cinta kamu bersama pasangan. Ada baiknya kamu berbincang dengan pasangan kamu itu mengenai perhubungan kalian berdua. Kalian perlu lebih berfikiran terbuka untuk menerima teguran dan kekurangan diri masing-masing bagi tujuan kebaikan dalam perhubungan.

Dikoyak-koyak
Kamu seorang yang romantis terhadap pasangan. Kamu suka membelai kerana pada kamu, belaian jemari kamu itu mampu memperlihatkan rasa cinta dan kasih terhadap pasangan. Kamu mementingkan keromantisan dalam perhubungan.

DigulungKamu boleh digelar sebagai penyelamat cinta! Suka mencampuri urusan percintaan orang lain. Bagi kamu, perhubungan cinta kamu sudah cukup bahagia! Kamu tidak boleh berfikiran sedemikian. Hakikatnya kamu perlu menumpukan perhatian terhadap hubungan cinta kamu sendiri agar lebih subur dan mekar berpanjangan!

Jadi, yang mana satu personaliti anda...



No comments:

Post a Comment