July 13, 2011

oh no!! charlie jatuh cinta dgan aku..

mcm mau bunuh diri jak..
sdah la menatang CHARLIE gigit aku
actually bukan gigit..tp ntah...berabis melecur2 bdan aku 
oleh menatang ni...

gambar sekadar hiasan - contoh kena charlie


PRECAUTION


Badannya kecil ramping lampin ala-ala kerengga dan mempunyai kombinasi warna badan yang amat menarik.

Berhati-hati dengan cecair hemolimf yang terkandung di dalam badannya kerana cecair tersebut mengandungi sentuh haiwan yang PALING BERBISA di dunia. 

Toksin ini dinamakan "paderin" (C24 H34 09 N) pada tahun 1953.
Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada racun ular tedung!
Binatang ini yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun, masih lagi mempunyai ketoksinannya. Dahsyat nyer!!!

Persentuhan dengan makhluk ini semasa bergerak/tidur, menghancurkannya pada badan atau menggosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dematis linearis', 'paederus dermatitis', 'whiplash dematitis' dan sebagainya. Ianya seakan-akan parut kelakian atau kayap.

Pada september 2002, wabak ini menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama di Pulau Pinang.



LANGKAH PENCEGAHAN:

Kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam.
1. Tutup atau kurangkan lampu dan tutup semua pintu/tingkap semasa epidemik kumbang tersebut.(lebih kurang kol 6.30-8.30mlm camtu)
2. Gunakan jaringan nyamuk yang halus
3. Gunakan semburan aerosol serangga, perangkap berpelakat
4. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/lampu(jadi vampire kejap)
5. Jangan pukul kumbang yang terdapat pada badan. Tiup jer biar dia stay away slow2.

Kalau dah tersentuh ngan binatang ni, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air.

Last skali, Berdoa jer ler...akekke..



BIODATA (mengikut I/C:)

Rove Beetle
Class : Insecta
Order : Coleoptera
Family : Staphylinidae
Species : Paederus fuscipes Curtis
Semut Semai, Semut Kayap, Charlie etc.
Birthday : lupa nak tanya..



MAKLUMAT TAMBAHAN:

Nama Cali amat misterius sekali kerana setakat ini kerana tiada rekod ditemui berkenaan asal usul nama Cali dalam kalangan masyarakat Melayu. Adalah Cali merupakan bakal menjadi lagenda suatu hari nanti? ahakz!



NOTA: 
Kesakitan digigit charlie boleh diibaratkan seperti direject seseorang yang diminati tatkala menyatakan perasaan cinta di hadapan khalayak ramai melalui nyanyian yang amat sumbang di hadapan Megamall Penang dengan pengunjungnya yang ramai duk tunggu teksi. Amat pahit bukan?